Sunday, September 21, 2008

Produk-produk ANA EDAR.........






Dengan 7 tahap penapisan. Menapis sehingga 99.9% bakteria, kuman, klorin, karat, keladak, bau dan kotoran. Gabungan konsep tenaga infra merah jauh dan dibantu oleh batu mineral serta andosit, menjadikan air yang ditapis lebih oksigen, lebih alkali, lebih berkualiti dan lebih mudah diserap ke dalam sel tubuh badan untuk meningkatkan metabolisma dan proses detoksifikasi.


Ana Cerdas mengandungi garam mineral seperti Potassium Fosfat, Magnesium Fosfat, Natrium Fosfat dan Ferum Fosfat yang berfungsi membantu sel-sel otak menjalankan proses biokimia otak serta membawa oksigen ke seluruh badan untuk menambahkan kecekapan mental dan tenaga.


Produk hebat yang diasaskan daripada garam Gunung Himalaya. Garam yang diambil daripada lombong pada pergunungan Himalaya, iaitu antara banjara gunung tertua di dunia, mengandungi lebih 84 jenis garam galian yang memberi manfaat kepada tubuh badan. Antara kebaikan Crystal Plus 26 ialah mengembalikan semula mineral yang hilang, menyokong proses penyerapan vitamin dalam badan, membantu mengimbangkan pH badan, mambantu proses detoksifikasi, menajamkan rasa dan menambah kelazatan makanan dan minuman


Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan pati kurma, madu, zaitun, tiin, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh, pegaga dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran wanita. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !


Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !


Campuran madu asli, ekstrak kismis, ekstrak kurma, habbatus sauda', ginkgo biloba dan badam. Mengandungi anti oksidan dan sejumlah galian, vitamin dan asid amino yang membantu membekalkan tenaga dan menyumbangkan oksigen kepada sel otak serta nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.


Minuman berasaskan koko yang diperkaya dengan madu dan gingko biloba. Rasa koko asli yang memang lazat dan menyegarkan. Bukan GMO atau GE. Sangat sesuai dijadikan minuman harian yang menyihatkan untuk seisi keluarga.


Hidangan lebih lazat, lebih cepat Disediakan daripada bahan bersih dan bermutu, memudahkan urusan masak-memasak sambil menambah rasa kesedapan masakan anda! Sesuai untuk semua masakan terutama sajian mee.


Nikmati kelazatan Kopi putih Arabica diadun dengan khasiat koko, madu dan Ashwagandha yang juga dikenali sebagai Ginseng India. Kopi pracampur 5 dalam 1 ini juga tidak mengandungi aroma dan perisa tiruan. Bukan GMO atau GE. Kerinduan sejati hanya dengan Rindu Cafe'.


Produk minuman istimewa yang menggabungkan kelebihan Zaffran, iaitu sejenis herba ynag menguatkan proses minda, dengan madu dan pegaga. Ditambah dengan ekstrak oren untuk menambahkan kelazatan. Sesuai dinikmati sejuk untuk menghilangkan dahaga. Pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga.


Adunan 100% herba tradisi Paullinia Cupana dari Amazon yang bertindak sebagai tonik untuk membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal sepanjang hari.



Rumusan herba komprehensif yang bebas bahan kimia berbahaya dan mengandungi phytoestrogen untuk keselesaan fizikal dan emosi.! Khusus untuk penjagaan rambut, muka dan badan. Ramuan istimewa daun bunga raya, daun semambu, buah keras, akar sintok, daun limau purut, daun pudina dan berbagai lagi tumbuhan dengan wangian asli bunga ros dan jasmin. Sangat sesuai untuk menyejukkan kepala dan badan, mengatasi masalah ruam dan ekzema serta mengandungi pektin semulajadi untuk menyokong pertumbuhan rambut.


Dirumus khas dengan minyak pudina, eukaliptus, cengkih dan daun cinnamon untuk membantu memberi kelegaan kepada masalah selsema, hidung tersumbat, gigitan serangga, sakit perut, membuang angin, kegatalan dan lecuran ringan. Juga membantu melegakan komplikasi akibat resdung melalui amalan terapi wap. Bebas bahan kimia berbahaya dan sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.


Rumusan unik menggabungkan kolegen daripada ikan, enzim Q10, ekstrak likoris, ekstrak biji anggur, ekstrak pokok teh dan tannin untuk membantu mencerahkan kulit dan memulihkan tisu kulit serta menjadikannya lebih anjal sambil mengurangkan garis halus dan tanda hitam pada muka. Juga membantu mengimbangkan kelembapan semulajadi kulit agar lebih lembut dan cerah.


Dirumus khas untuk membantu sistem pelawasan dan melegakan kesakitan. Gabungan flora dan herba terpilih yang bebas daripada bahan kimia berbahaya dengan 100% ekstrak semulajadi daripada lada hitam dan kapsikum. Membantu memberi kesan panas dan kelegaan kepada urat-urat yang sakit, membuang bahan-bahan toksik dan toksin serta membantu melegakan masalah angin dan sembelit. Sangat sesuai digunakan dalam rawatan fisioterapi.


Formulasi terkini dengan warna trendi sesuai untuk mereka yang berkulit cerah mahupun gelap. Rumusan istimewa yang menggabungkan kebaikan ekstrak gamat, propolis, aloe vera, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan vitamin E. Membantu melembapkan bibir serta melindungi kulit bibir daripada masalah kekeringan dan kesan sinaran UVA/UVB matahari.


Formulasi terkini yang menggabungkan kebaikan ekstrak gamat, propolis, aloe vera, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan vitamin E. Membantu melembapkan bibir serta melindungi kulit bibir daripada masalah kekeringan dan kesan sinaran UVA/UVB matahari. Lipbalm Treat 07 tanpa warna sangat sesuai untuk jemaah umrah dan haji.


Formulasi terkini dengan warna natural sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. Rumusan istimewa yang menggabungkan kebaikan ekstrak gamat, propolis, aloe vera, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan vitamin E. Membantu melembapkan bibir serta melindungi kulit bibir daripada masalah kekeringan dan kesan sinaran UVA/UVB matahari.


Digemari ramai kerana keunikan dan keistimewaan warnanya yang berubah kemerahan menurut suhu bibir anda, memberikan penampilan semulajadi. Formulasi terkini yang menggabungkan kebaikan ekstrak gamat, propolis, aloe vera, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan vitamin E. Membantu melembapkan bibir serta melindungi kulit bibir daripada masalah kekeringan dan kesan sinaran UVA/UVB matahari.


Digunakan turun temurun untuk mengatasi masalah kulit muka. Kini diproses dengan kaedah lebih mudah dan canggih untuk menjamin mutunya. Amat sesuai digunakan untuk menghilangkan jeragat, jerawat gatal-gatal, kudis, kayap serta menghaluskan kulit muka jika diamalkan selalu.


Sabun istimewa Eksotika Wajah dirumus khas dengan kulit kayu manis, ekstrak buah bunga tanjung dan madu. Kombinasi unik ini membantu meningkatkan seri wajah serta mengatasi masalah kulit jika diamalkan secara konsisten. Produk ini dibuat dengan tangan untuk mengekalkan keaslian dan dikeluarkan dengan edisi terhad. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya!


Diminati ramai kerana baunya yang harum dan kontemporari, sesuai untuk golongan lelaki dan wanita. Debunya yang halus dan bermutu tinggi menjadikannya mudah diratakan. Diperkaya dengan agen anti bakteria untuk pelindungan yang lebih kepada kulit anda. Gunakanlah setiap masa bagi menambahkan keyakinan diri anda!


Membantu mengatasi masalah badan berbau, memberi anda keselesaan dan ketenangan sepanjang hari. Disediakan dalam pek yang mudah dibawa ke mana-mana.


Gel Aloe Vera adalah sejenis bahan yang diperolehi daripada daun pokok Aloe Vera dan terkenal sebagai penawar dan pelembap semulajadi. Gel Aloe Vera 96% Ana diperkaya dengan kebaikan pati aloe vera asli yang berkhasiat membantu memelihara kulit daripada panahan matahari, angin,kekeringan dan keretakan. Mengandungi agen anti bakteria dan anti fungal. Bahan kogulasinya dapat merangsang pertumbuhan tisu kulit dan mengelakkan kesakitan dan parut.


Losyen kulit yang tidak melekit dan mudah meresap. Diperkaya dengan ekstrak timun, emolien dan pelembap tambahan semulajadi untuk melindungi dan memelihara kulit daripada kekeringan dan ketidakselesaan. Diperindah dengan haruman yang menawan dan cukup meyakinkan.


Tonik Rambut Ana dengan rumusan istimewa yang diperkaya dengan kebaikan minyak zaitun, menyingkap kembali rahsia khazanah alam ini. Selain daripada wangiannya yang harum, tonik rambut juga berkesan membantu menyejukkan kulit kepala, menghitamkan rambut, melebat dan mengelakkan keguguran rambut serta menghilangkan kegatalan kulit kepala.


Diminati ramai kerana baunya yang harum dan kontemporari, sesuai untuk golongan wanita. Debunya yang halus dan bermutu tinggi menjadikannya mudah diratakan. Diperkaya dengan agen anti bakteria untuk pelindungan yang lebih kepada kulit anda. Gunakanlah setiap masa bagi menambahkan keyakinan diri anda!


Diminati ramai kerana baunya yang harum dan kontemporari, sesuai untuk golongan lelaki. Debunya yang halus dan bermutu tinggi menjadikannya mudah diratakan. Diperkaya dengan agen anti bakteria untuk pelindungan yang lebih kepada kulit anda. Gunakanlah setiap masa bagi menambahkan keyakinan diri anda!


Mulakan hari anda dengan Sabun Susu Kambing dan Madu Ana untuk kecergasan dan keyakinan yang lebih terserlah ! Formulasi istimewa berasaskan minyak sawit. Diperkaya dengan khasiat dan kebaikan susu kambing dan madu serta emolien dan pelembap tambahan untuk penjagaan ekstra kulit anda. Sesuai untuk kegunaan muka dan badan. Membantu memelihara dan mengekalkan kelembapan asli kulit anda di samping menstabilkan tekstur kulit


Di formulasi dengan kehebatan T3 dan minyak Rosemary untuk membantu proses pembersihan wanita khususnya pada bahagian sulit. T3 terkenal sebagai bahan anti bakteria dan anti radang, dan membantu membersihkan diri anda dengan lebih berkesan.

"Qaseh ADINDA 'n' Qaseh KEKANDA"




Kurma makanan digemari
Rasulullah serta kaya
dengan berbagai manfaat
dan zat makanan






KANDUNGAN
--------------------------------------------------------------------------------
Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa (klik ramuan berkenaan untuk membaca lebih lanjut tentangnya):

Jus Kurma
Madu
Air Zam-zam
Tiin
Zaitun
Habbatus Sauda'
Za'faran
Ginkgo Biloba
Sirih
dan juga ramuan khusus terpilih - untuk lelaki (Jus Qaseh Kekanda) dan wanita (Jus Qaseh Adinda).

Ringkasan Manfaat

Tubuh kita asalnya bersih dan sihat namun hari demi hari kita terdedah kepada persekitaran dan budaya pemakanan yang memudaratkan dalam keadaan kita leka dan lalai. Hasilnya hari ini penyakit-penyakit kronik kini mudah menjangkiti anak-anak muda akibat situasi tersebut. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan yang bersih daripada apa yang dikurniakan kepada kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

Gabungan intipati Qaseh merupakan gabungan makanan sunnah dan herba tempatan yang melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada sistem dan fungsi tubuh itu sendiri dari:

Darah
Mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh agar tidak terlalu pekat serta mudah dihantar ke seluruh anggota tubuh.

Saraf
Apabila darah mudah dihantar ke seluruh anggota maka saluran saraf juga akan berkembang dengan baik tidak lagi sempit kerana darah juga membekalkan oksigen.

Otak
Otak lebih cerdas dan daya ingatan lebih mantap kerana darah membekalkan oksigen lebih banyak. Lebih-lebih lagi bagi anda yang banyak menggunakan tenaga otak seperti jurutera dan seumpanya.

Jantung & Paru-Paru
Jantung lebih sihat kerana tidak dibebani dengan darah yang terlalu pekat. Paru-paru lebih rehat.

Usus
Bekerja dengan lebih baik apabila makanan lebih mudah dicernakan dan lebih rehat. Masalah buasir dapat dijauhi.

Buah Pinggang
Menapis dengan lebih efektif kerana bekalan darah dan oksigen yang lancar. Dan menyalurkan toksin dan sisa ke bahagian pencernaan dengan lancar.

Kulit
Kulit lebih segar dan sihat apabila mikro-saraf menerima darah dan oksigen dengan banyak. Luka mudah pulih dan parut menjadi minima.

Rambut
Lebih kuat dan tidak mudah gugur kerana kulit kepala yang sihat.

Mata, Telinga, Hidung dan Rongga Pernafasan.
Penglihatan dan pendengaran lebih tajam dan deria bau lebih peka. Hidung juga sukar dijangkiti penyakit dari kesan pendedahan kepada pencemaran habuk, debu dan kotoran lain. Bakteria sukar menjangkiti saluran nafas dari kerongkong hingga ke paru-paru.

Rahim
Lebih selesa mengikut situasi semasa. Kitaran haid lebih teratur. Menjauhi keputihan kerana fungus dan bakteri sukar menjangkiti. Jika hamil, rahim akan lebih relaks dan fleksibel bergantung kepada pembesaran kandungan.

Tulang & Sendi
Tulang lebih teguh dan kukuh. Tidak mudah rapuh. Bekalan kalsium yang diperolehi, semasa ke semasa dari pemakanan ini. Sendi lebih kuat dan sihat.

Ibu Hamil
Lebih bertenaga untuk kekuatan ibu seharian dan pada waktu melahirkan menggantikan darah serta tenaga yang hilang. Anak dalam kandungan lebih tenang kerana zat yang cukup.

Organ Dalaman Lelaki dan Wanita
Lebih tenaga, bersih dan sihat. Peluang hamil lebih tinggi untuk wanita yang sukar hamil, Insya Allah, memekat, menyihat serta menyuburkan mani.

PEMBACAAN LANJUT TENTANG KANDUNGAN QASEH

1. KURMA
--------------------------------------------------------------------------------
a. Yang Dipilih Para Rasul
Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

b. Sejarah
Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.” Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25 - 26]

c. Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita
Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.

Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.

Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!

Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..”.

Bayangkan seorang Ibu yang bersalin keseorangan di padang pasir yang terpencil tanpa bantuan orang lain. Dalam keadaannya yang lemah lagi tidak berdaya akibat bertarung nyawa dalam melahirkan anaknya, kehilangan tenaga dan kehilangan darah yang banyak sekali..

d. Keberkatan
Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah
Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

e. Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani
Kurma Menenangkan Perasaan
Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar;

“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya Osman¹.

Kurma Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².

Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.

Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.³

(ke atas)

2. MADU LEBAH
--------------------------------------------------------------------------------
Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh Yang Mujarab
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:

Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
Beta Karoten
Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:

Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.

Membantu melawaskan sistem pencernaan

Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.

Mengurangkan kesakitan kulit terbakar

Mengurangkan parut

Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

(ke atas)



3. AIR ZAM-ZAM
--------------------------------------------------------------------------------
a. Air Yang Mulia Lagi Diberkati

Dalam peristiwa penuh bersejarah tatkala bunda Nabi Ismail ‘Alaihissallam, Siti Hajar ‘Alaihissalam berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, mencari bantuan di tengah padang pasir Makkah yang terik lagi kering bagi mendapatkan bekalan, Allah Subhanahu Wata'ala menerbitkan Air Zam-Zam berhampiran Kaabah yang sehingga kini dapat dinikmati oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit” Hadis Riwayat At Tabrani

Air Zam-Zam dicipt Allah Subhanahu Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi” Hadis Riwayat Muslim

b. Diminum dengan tujuan (niat)

Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah

(ke atas)



4. BUAT TIIN
--------------------------------------------------------------------------------
a. Tiada Keraguan Akan Manfaatnya

Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..

b. Umpama Hadiah Dari Syurga

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”

Antara manfaatnya adalah:

Mengimbangi tekanan darah

Merendahkan tahap kolestrol

Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal

Membantu mengatasi angin ahmar

Mencegah penyakit kencing manis

Memerangi penyakit kanser

Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir

(ke atas)



5. BUAH ZAITUN
--------------------------------------------------------------------------------
a. Sarinya Tinggi Berzat & Bercahaya

Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]

Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

“Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati”- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah

b. Manfaatnya

Membantu mengatasi masalah darah tinggi

Merendahkan tahap kolestrol berbahaya

Mengurangkan risiko serangan kanser

Menyihatkan kulit

Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)

(ke atas)



6. HABBATUS SAUDA'
--------------------------------------------------------------------------------
a. Penawar Segala Jenis Penyakit

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”

Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda’ terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.

(ke atas)



7. ZA'FFARAN
--------------------------------------------------------------------------------
a. Raja Segala Rempah

Gelaran Raja Segala Rempah adalah kerana keberkesanannya dalam menyumbang penyelesaian masalah kesihatan dan tak lupa juga kerana harganya yang senilai dengan harga emas dipasaran!

Dalam kitab Perubatan Saidina Ali’Thib Al Imam Ali’ halaman 381:

“Sesiapa yang mengambil Za’ffran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal(sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir..”

Selain meningkatkan daya ingatan, Za’ffaran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit ‘bubonic plague’ dan cacar yangmana juga hasil ujikaji menunjukkan Za’ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.

b. Manfaatnya

Melancarkan sistem daya ingatan

Melancarkan sistem saraf

Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria

(ke atas)



8. GINKGO BILOBA
--------------------------------------------------------------------------------
a. Kemampuannya Unik

Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes, bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut, gayat dan seumpamanya)

Antara tiga kesan utamanya adalah

Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat.

Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas

Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.

(ke atas)

9. DAUN SIRIH
--------------------------------------------------------------------------------
a. Daun Ajaib Seribu Daya

Herba pusaka warisan ini mempunyai seribu daya sebagai sumber kecantikan dan perubatan tradisional Melayu dan juga sering diguna dalam majlis adat istiadat Melayu.

Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, ia mendahului herba-herba tempatan yang lain kerana sinonim dengan adat istiadat. Keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan juga tidak dapat dinafikan.

Hasil kajian saintifik membuktikan Sireh mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, astrigen ,ekspektoran, euginol, flavonoid, hydroxyl cavicol, polyphenol, sialagoga dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

(ke atas)


Terhangat di pasaran........

'Mencari Malam Lailatul Qadar"........





















Pada Hari Sabtu 13hb September 2008
Bertempat di Pondok Ana , Taman Greenwood...telah diadakan majlis berbuka puasa
beserta Ceramah sementara menunggu waktu berbuka....

Antara penceramah pada petang itu ialah :-

Ustaz Azri - "Lekat Di Hati" dari Ana Edar merangkap moderator pada petang itu.
Ustaz Zamri - "Dekat Di Hati TV9'
Ustaz Wan Akashah
Ustazah Norbahyah